Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017
17 Mei 2017
Tema Hari Guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa


 

Lawatan daripada JPN ke SK Perpat

Lawatan JPN ke SK Perpat
11 Mei 2017

Sesi PdPc yang dijalankan oleh Cikgu Malek Guru Kelas Tahun 6


Sesi Pembelajaran Berkumpulan Kelas Tahun 6

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Bahagian Betong

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Bahagian Betong
SK St. Micheal, Plassu
12 April 2017


Adik Athirah Nabilah Maisarah binti Salmi telah mewikili Zon Kabong dalam acara bercerita dan berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tersebut. Tahniah kepada adik Athirah yang telah mengharumkan nama sekolah dan zon Kabong.

Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Kabong

Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Kabong
SK To' Eman, Nyabor
5 April 2017



Adik Athirah Nabilah Maisarahdan adik Dayang Noraina telah mewakili sekolah didalam pertandingan ini. Adik Athirah Nabilah Maisarah telah berjaya menjadi johan manakala adik Dayang Noraina berjaya mendapat saguhati  dalam pertandingan ini. Tahniah kepada kedua-dua peserta tersebut kerana telah membuktikan bahawa SK Perpat bukanlah sekolah yang patut dipandang rendah.

Kem Membaca 1Malaysia

Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah dijalankan pada 7 April 2017. Antara acara dipertandingkan adalah pertandingan melukis poster, mewarna, spelling bee, dan lain-lain.



Projek Baikpulih Sekolah NBOS

Projek baikpulih sekolah dijalankan pada bulan Mac dan dijangka siap pada bulan Jun. Projek ini dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa pertama blok bilik darjah, fasa kedua iaitu blok pentadbiran dan fasa ketiga iaitu tandas sekolah.  Kini projek ini berada pada fasa yang kedua iaitu baikpulih blok pentadbiran.


Klinik Hoki Peringkat Zon Kabong

Klinik Hoki Peringkat Zon Kabong
SJKC Chung Hua, Kabong
1 April 2017


Klinik hoki merupakan satu program pembangunan hoki di daerah Kabong yang julung-julung kali diadakan di daerah ini. Hasil daripada program ini peserta hoki daripada zon Kabong berjaya mendapat naib johan di dalam pertandingan hoki peringkat bahagian Betong. Ini merupakan satu kejayaan yang besar buat sekolah-sekolah di zon Kabong.